Tuesday, November 25, 2014

Posted by (U.S.E)
No comments | 1:40 AM

Olive oil remarkably helps in opening liver’s and bile’s channels. Lemon is an excellent source of vitamin C which cleans blood vessels from cholesterol.

The liver is an essential organ. Clean liver means health, vitality, healthy appearance and good mood.
You can contribute for your liver on a daily basis. You can achieve this by drinking a spoonful of olive oil mixed with lemon juice (one lemon). It is very important to drink this mixture on an empty stomach.

These two ingredients are easily available and when combined, they are very powerful. Liver’s health depends on doing this simple step. You will feel the changes after a month. Your eye circles will be gone, your skin color will be lighter and digestion will be improved. In addition, you will be fully energized.
- See more at: http://www.healthyfoodstar.com/one-sip-beverage-will-stimulate-important-organs-body/#sthash.127AmrQ2.dpuf

Versi Bahasa Melayu (Google Translate)

Minyak zaitun amat membantu dalam membuka hati dan saluran hempedu ini . Lemon adalah sumber vitamin C yang membersihkan pembuluh darah dari kolesterol . Hati adalah organ penting . Hati yang bersih bermaksud kesihatan , kecergasan , penampilan yang sihat dan mood yang baik . Anda boleh menyumbang untuk hati anda setiap hari . Anda boleh mencapai ini dengan minum satu sudu minyak zaitun dicampur dengan jus lemon ( satu lemon ) . Ia adalah sangat penting untuk minum campuran ini dengan perut kosong . Kedua-dua bahan-bahan yang mudah didapati dan apabila digabungkan , mereka sangat kuat . Kesihatan hati bergantung kepada melakukan langkah mudah ini . Anda akan merasai perubahan selepas sebulan . Lingkaran mata anda akan hilang , warna kulit anda akan menjadi lebih ringan dan penghadaman akan bertambah baik . Selain itu, anda akan bertenaga sepenuhnya .
Posted by (U.S.E)
No comments | 1:27 AM

Makanan Kanak Kanak

Adalah amat penting untuk memasukkan makanan daripada semua kumpulan diet kanak-kanak agar mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Teruskan membaca untuk mengetahui 7 jenis makanan yang anda mesti masukkan dalam diet anak anda.
Menggalakkan anak-anak untuk mempunyai gaya hidup yang sihat juga amat penting. Lebih-lebih lagi, zaman sekarang yang penuh dengan lambakan makanan rapu yang mudah dibeli. Secara asasnya, ibu-bapa perlu mengamalkan dan memperkenalkan makanan sihat dalam diet keluarga. Jangan pula makan makanan rapu yang popular zaman 90an.
Kanak-kanak memerlukan protein, karbohidrat, lemak, vitamin, dan mineral untuk membesar. Jika ada masa, boleh baca artikel kami sebelum ini yang membincangkan tips pemakanan yang sihat untuk kanak-kanak. Ini contoh makanan kanak kanak yang sesuai.

1. Buah-buahan

Campurkan buah bersama sayur

Buah-buahan membekalkan serat, vitamin dan mineral penting. Buah beri (seperti blueberry, raspberry, blackberry) adalah yang terbaik kerana ia melindungi daripada penyakit jantung, kencing manis, memperbaiki fungsi otak dan mengurangkan lemak yang tidak diingini.
Oren adalah sumber yang sangat baik untuk vitamin C. Campurkan buah-buahan yang berlainan warna dan membuat ‘smoothie‘ dalam mangkuk anak anda yang mempunyai warna yang menarik.
Namun, tidak perlu tampak seperti ‘Mat Salleh‘ sangat. Buah-buahan tropika juga amat bagus untuk anak kita. Buah-buahan tempatan seperti belimbing, pisang, tembikai dan lain-lain juga sesuai. Mana-mana buah-buahan adalah baik untuk anak anda.


2. Sayur-sayuran

7 Cara-cara Dan Tips Agar Anak Suka Makan Sayur
Cuba selitkan diet anak anda dengan sayuran. Tomato mempunyai ‘lycopene‘ yang melawan kanser. Untuk cara yang mudah, anda boleh menggunakan sos tomato dalam pasta atau bebola daging. Sayur kobis, brokoli dan lain-lain pula mempunyai phyconutrients, serat dan vitamin.
Anda boleh gaulkan salad ini dalam mangkuk anak anda bersama-sama dengan mayonnaise mengikut kesesuaian. Jika buat sandwic, tambahkan kentang manis. Anda juga boleh pertimbangkan bayam, yang penuh dengan vitamin dan zat besi, dan selasih, penuh dengan antioksidan.
Sekali lagi, nampak seperti ‘Mat Salleh’ sangat? Kalau tekak tak boleh masuk, ajarkan anak makan ulam-ulaman tempatan. Sedap juga!


3. Telur

Beli telur yang berkualiti, mahal sedikit tidak mengapa
Telur adalah sumber protein yang berkualiti tinggi, penuh dengan vitamin D dan antioksidan. Protein membantu dalam membina badan. Manakala vitamin D membantu tubuh untuk menyerap kalsium.
Antioksidan pula dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV. Telur walaupun dalam kuantiti yang sedikit, dapat mengisi perut anak anda jika diambil dalam sarapan pagi. Untuk vegetarian, tauhu adalah pengganti yang baik untuk telur.

4. Ikan

4 Tips Memilih Ikan Segar. Pilih, Beli & Simpan!
Foto Kredit: alumniuitm.org.my


Ikan adalah sumber protein yang baik dan omega-3 asid lemak yang membantu dalam meningkatkan perkembangan otak dan memberikan kuasa anti-radang. Salmon dan tuna adalah ikan yang sihat dan mesra kanak-kanak di antara banyak pilihan lain. Vegetarian boleh memilih makanan sihat yang lain untuk memenuhi protein dan omega-3 asid lemak keperluan.
Kalau ikan seperti di atas agak mahal, tukarkan dengan ikan tempatan yang lebih murah. Pergi ke pasar pada awal pagi untuk mendapatkan sumber protein yang segar!

5. Produk tenusu

Cuba berikan susu kambing
Protein sangat penting untuk pertumbuhan, dan kalsium, penting untuk tulang yang kuat dan gigi kanak-kanak. Yogurt mengandungi bakteria sihat yang meningkatkan imuniti dan membantu penghadaman.
Keju juga merupakan sumber yang ideal bagi protein. Sekali-sekala, letakkan keju dalam sandwic berserta salad anak-anak anda .


6. Kacang

atasi-lupa-makan-kacang
Kacang menyediakan protein, serat dan kalsium. Kacang adalah sumber zat besi yang berasaskan tumbuhan. Untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan anak-anak anda, boleh makan kacang dengan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti jus lemon atau keledek (juga dipanggil ‘sweet potato’). Untuk lebih kreatif, boleh campurkan kacang dalam sayur-sayuran.
Mari kita ajar anak-anak kita untuk makan makanan yang sihat pada usia lebih awal. Maka akan menjadi lebih mudah untuk bagi mereka memahami kepentingan kesihatan dan pemakanan pada masa akan datang. Tidak akan timbul lagi soal anak cerewet makan dan asyik memilih makanan. Juga boleh baca tips picky eater dari MayoClinic.
Selepas baca apa makanan yang baik untuk anak-anak, baca pula makanan yang perlu dijauhkan dari kanak-kanak. Barulah sempurna!
Selamat mencuba!

Sunday, November 23, 2014

Posted by (U.S.E)
No comments | 7:38 PM
http://pama.karangkraf.com/polopoly_fs/1.42352.1335165443!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_560/image.jpg 
Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:
  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis.
Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.
Tanda dan Gejala
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk.
Komplikasi
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.
Penyebab dan faktor-faktor penyumbang
  • Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
  • Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Pengurusan sendiri
  • Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
  • Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
  • Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
  • Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
  • Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
  • Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?
  • Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
  • Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
  • Memberi antibiotik tertentu.
  • Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.
Pencegahan
  • Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
  • Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
  • Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
  • Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
  • Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  • Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
  • Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.
Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak

Sunday, November 9, 2014

Posted by (U.S.E)
No comments | 11:59 PM
Apa kaitan kadar metabolisme dengan berat badan?

Kenapa metabolisme rendah boleh sebabkan seseorang tu SUKAR untuk kurus??

Hasil bacaan MS, ini maklumat yang MS dapat dan MS suka berkongsi dengan korang semua.

Metabolisme ialah satu keadaan atau kadar penghasilan tenaga dalam badan kita yang mana ia dikawal oleh enzim dan hormon. Ia bukan sahaja menukarkan makanan menjadi tenaga malah juga memberi kesan sejauh mana ia mampu membakar tenaga tersebut.

Tubuh kita mendapat tenga daripada kalori yang kita makan, dan tahap metabolisme kita pula menentukan berapa cepat pula kalori itu tadi dibakar.

Individu bermetabolisme tinggi akan membakar tenaga lebih cepat, dengan itu membawa kepada penurunan berat badan.

Setiap individu membakar kalori pada kadar yang BERBEZA.

Apakah yang mempengaruhi kadar metabolisme?

1. Usia (secara purata ia menurun sebanyak 5%  setiap 10 tahun, selepas berusia 40 tahun)

2. Jantina (lelaki membakar lebih kalori pada waktu rehat berbanding wanita)

3. Nisbah jisim otot tanpa lemak (lebih banyak jisim otot, lebih tinggi kadar metabolik tubuh)

4. Keturunan

5. Masalah kelenjar tiroid

Apakah simptom jika seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah?

1. Cepat naik berat badan

2. Perubahan otot dimana otot menjadi lemah, kaku dan sakit

3. Penat/ lesu

4. Tahap kesihatan rendah contohnya sering pucat, rambut rapuh dan muka sembap

5. Individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah disebabkan hipotiroidisme biasanya sering mengalami menstruasi yang banyak.

Bagaimana meningkatkan metabolisme tubuh?




Minum banyak air kosong!

Air kosong mengandungi 0 kalori, tetapi membantu tubuh membakar kalori lebih cepat.

Makan sedikit tetapi kerap

Apabila anda ambil keputusan untuk skip meal (breakfast, lunch atau dinner), anda memaksa tubuh masuk ke dalam 'survival mode' dimana metabolisme menjadi perlahan untuk 'memelihara tenaga'. Metabolisme perlahan menyebabkan tubuh bakar kalori juga lebih perlahan. Makanlah tiga hidangan sihat setiap hari untuk meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak tenaga.

Makan makanan berempah/pedas

Mengikut kajian, mengambil makanan berempah contohnya yang mengandungi capsaicin seperti cili, boleh meningkatkan kadar metabolisme. Capsaicin ialah komponen bioaktif yang membuat cili berasa panas dan pedas. Ia juga menyebabkan selera anda meningkat.

Senaman

Semasa bersenam, tubuh membakar kalori secara semulajadi, begitu juga semasa ia sedang rehat. Senaman angkat berat membakar lebih banyak kalori berbanding senaman kardiovaskular (berlari).

Mengambil protein

Otot membakar kalori lebih cepat daripada lemak, oleh itu mengekal atau membina jisim otot akan meningkatkan metabolisme secara tetap.

Mengambil kalsium

Makanan dan minuman tinggi kalsium seperti susu menyebabkan tubuh memetabolismekan lemak lebih efisen. Minum segelas 8ounce susu sehari membantu tubuh membakar kalori lebih cepat.

Tunggu entry MS seterusnya, Produk Shaklee yang mana boleh membantu anda untuk meningkatkan metabolisme!

Stay tune!!

Saturday, November 8, 2014

Posted by (U.S.E)
No comments | 4:49 PM
Anda baru balik dari berjumpa doktor dan sangat kecewa sebab kolestrol anda tinggi? Anda susah hati lalu cepat-cepat meng’google’ untuk mencari penyelesaian pantas bagi menurunkan paras kolestrol anda.
Kata kuncinya di sini adalah kesabaran dan azam yang kuat untuk menukar tabiat buruk anda kepada gaya hidup lebih sihat bebas dari kolesterol jahat! Beberapa tips mudah dan pantas ini boleh membantu mengatasi masalah kolestrol tinggi dalam darah.

 
Apakah Itu Kolesterol Baik Dan Kolesterol Jahat?
Tubuh memerlukan kolestrol ‘baik’ untuk berfungsi dengan sempurna. Namun, kita biasanya akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolestrol LDL.
Kolestrol LDL ini mengakibatkan plak terkumpul di arteri lalu mengakibatkan sakit jantung. Anda perlu meningkat kolestrol HDL (kolestrol baik) untuk menurunkan paras kolestrol jahat kerana kolestrol baik membantu membersihkan kolestrol buruk dari darah anda. Mulakan dengan pola pemakanan yang sihat.

6 Tips Penjagaan Makanan Secara Sihat

1. Sajian Makanan Untuk Kesihatan Jantung
Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 ‘potion’ sehari untuk membantu mengatasi kolestrol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.

2. Jika Sayangkan Jantung Anda, Pandanglah Ke Laut
Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.

3. Mulai Hari Anda Dengan Bijirin Oat
Oatmeal
Semangkuk oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolestrol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolestrol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.

4. Lemak Tak Tepu Melindungi Jantung
Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolestrol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolestrol ‘jahat’.

5. Lebih Banyak Makanan Berserat Tetapi Berhati-hati Dengan KarbohidratKekacang
Kita Memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, gandum dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat dari roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan dan sembrono.

6. Apa Yang Harus Dilakukan Ketika Makan Di Luar
Seelok-eloknya kita banyak meluangkan masa untuk makan di rumah kerana ianya dalam kawalan kita dan mudah untuk menjaga kadar pengambilan kolestrol. Namun, jika anda terpaksa menjamu selera di luar ianya adalah di luar kawalan kerana bukan anda yang menyediakan makanan tersebut. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk merosakkan diet sihat anda. Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:
  • Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
  • Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
  • Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.

Berapa Jumlah Kolestrol Yang Diperlukan Oleh Tubuh Dalam Sehari?

Sebenarnya kolestrol ini diperlukan oleh tubuh. Menurut American Heart Association dalam sehari tubuh manusia memerlukan kolestrol sebagaimana berikut:
Tapi rata-rata rakyat Malaysia dalam sehari mengambil lebih dari sepatutnya. Anda tahu kenapa? Cuba lihat ilustrasi di bawah:
Aduhai! Memang mencabar untuk mengawal kolestrol tanpa makan ubat.
Tapi jangan cepat berputus asa.

Lakukan Langkah Pencegahan Dengan Set Kolestrol Shaklee

Anda boleh melaksanakan langkah pencegahan dan berupaya mengatasi masalah kolestrol dengan mengambil Set Kolestrol Shaklee:
Set Kolestrol Shaklee Terbaik
Bagaimana Set Kolestrol Shaklee bertindak membantu menurunkan paras kolestrol dengan cepat?
Set Jantung Shaklee

Pengambilan Supplemen Phytocol-ST Mencegah Penyerapan Kolestrol ‘Jahat’

Agak susah bagi kita rakyat Malaysia untuk berpantang dalam pengambilan makanan seperti yang dicadangkan. Namun, kita perlu berusaha untuk menukar diet harian kita kepada menu sihat yang dicadangkan. Pengambilan supplemen yang kaya dengan fisoterol dapat berganding dengan kolestrol ‘baik’ untuk menyerap kolestrol ‘jahat’ yang tak diperlukan.
Fisoterol ini berfungsi menyerap kolestrol LDL yang berlebihan dalam tubuh. Lebih tinggi kandungan fisoterol dalam badan kita, lebih cepat paras kolestrol kita dapat diturunkan. Namun adakah kita mampu dan cukup berdisiplin untuk mengambil jumlah yang diperlukan tubuh seperti dalam ilustrasi di bawah?
phytocol
Phytocol-ST Shaklee adalah 100 peratus semulajadi dan dirumus khas dengan ramuan terpilih secara klinikak untuk menghindar penyerapan kolestrol dalam tubuh sekaligus mengawal paras kolestrol.
Perbezaan Phytocol-ST Shaklee ini adalah:
  • Ianya dirumus dengan campuran bahan yang mengandungi fisoterol semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan bijirin.
  • Disamping itu ianya menampung 2000mg fisoterol daripada tumbuhan untuk keperluan seharian tubuh manusia. 
  • Fisoterol telah terbukti secara klinikal dengan ujian makmal dapat merendahkan paras kolestrol LDL.
  • Mengikut saranan kandungan fisoterol yang digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). 
  • Ianya HALAL, TAK MENGANDUNGI PERASA, PEMANIS DAN BAHAN PENGAWET.
keistimewaan phytocol celikvitamin

Testimonial Phytocol-ST Melawan Kolestrol ‘Jahat’

Antara individu yang telah mendapatkan manfaat penurunan paras kolestrol dalam darah adalah Mr Ethan Wang yang mempunyai masalah kolestrol LDL tinggi kerana tabiat pemakanan yang kurang kawalan. Apa kata beliau setelah mencuba Phytocol-ST Shaklee selama 2 bulan?
My own Phytocol-ST testimonial.
I have high LDL cholesterol problem due to my eating habit. I love “fat” and this is basically a typical Malaysian diet. In Malaysia, there are more than 6 million adults like me with high cholesterol problem.
Below is lab test result for my LDL
26-Mar-14:my LDL level is 129 mg/dl which was at unhealthy level.
Then, I started to use the Phytocol-ST with 4 tablets per day (2000 mg of phytosterols). To test the result, I stopped taking OmegaGuard, Lecithin and even reduce the intake of ESP Soy Protein. My diet were very unhealthy – loaded with fat and less fiber, vegatables and fruits.
What happen after 2 months? I tested my LDL level again on 30-May. Test result was 101 mg/dl. Total reduction of LDL level is 22%!!
So, hope you can share the Phytocol-ST with friends and families. Reduction in cholesterol may reduce the risk of heart attack, stroke, hypertension and etc.

phytocol-st testimonialphytocol-st testimonial2

Omegaguard Adalah Sebagai Langkah Menurunkan Paras Kolestrol ‘Jahat’

Minyak ikan yang terkandung dalam Omegaguard Shaklee diperlukan untuk kesihatan jantung:
  • Mempertingkat paras kolestrol ‘baik’ dalam pembuluh darah
  • Menyahkan kolestrol ‘jahat’ ke hati untuk disingkirkan
  • Menurunkan paras kolestrol ‘jahat’
  • Melakukan pembersihan salur darah dari plak yang terkumpul
Mengapa anda perlu memilih Omegaguard Shaklee?
Disamping mempunyai EPA dan DHA tertinggi berbanding jenama lain, Omegaguard juga:
minyak ikan terbaik untuk kolestrol

Kuatkan Otot Jantung Anda Dengan CoQHealth Plus

Peringkat seterusnya adalah untuk memperkasa jantung anda dengan CoQHealth Plus. Dalam CoQHealth ini terdapat CoQ 10 yang menyumbang tenaga ke arah menguatkan otot jantung.
coq 10 untuk kesihatan jantung
Selepas usia kita melepasi umur 20 tahun, penghasilan akan berkurangan secara beransur-ansur sehinggalah kita menginjak ke usia tua. Ketika itu otot jantung semakin lemah.
Kelebihan CoqHealth Plus Shaklee Berbanding Jenama Lain
coq 10 untuk kesihatan jantung 2

Vivix Shaklee Pelindung Kepada Jantung Yang Sihat

Vivix Shaklee adalah pelengkap kepada jantung yang sihat. Ia berupaya melindungi jantung anda daripada pengoksidaan salur darah. Pengoksidaan pembuluh darah ini akan menyebabkan mendapan plak yang menyempitkan salur darah.
Vivix mempunyai antioksidan kuat bagi melindungi salur darah dari teroksida. Ia mengandungi 10 kali ganda resveratrol dan 15 folifenol. Ia berupaya membaiki sel dan berfungsi sebagai tonik anti-penuaan.

Tepuk dada, tanyalah pada diri sendiri. Berbalik pada situasi anda di atas tadi.
Anda baru pulang dari berjumpa doktor dan berasa bimbang kerana kadar kolestrol yang tinggi dalam tubuh. Seterusnya, anda mencari informasi bagi mengatasi masalah ini dengan segera.
Anda telah pun mendapat jawapan bagi masalah anda dengan tips yang diberikan dan supplemen yang boleh membantu untuk mempercepat penurunan paras kolestrol.
Adakah anda masih lagi berfikir secara skeptikal dan berkira dengan nikmat kesihatan sedangkan ramai yang sudah menarik nafas lega selepas mengambil Phytocol-ST ?
Klik order sekarang juga untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh anda!
Order Sekarang
penjimatan shaklee Testimonial Set Eczema Shaklee Untuk Bayi Dan Orang Dewasa
images 1 Set Sahur Shaklee Untuk Ibu Berpuasa Kekal Cergas
Untuk sebarang maklumat dan konsultasi premium. Sila hubungi:
signature
Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya
Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082
Facebook: Adilah Manaf

Blogroll

About